Thursday, July 5, 2012

Pengenalan

SZ AgriBusiness No 001798025-D telah ditubuhkan pada 13 Oktober 2008 adalah milik penuh Bumiputra. Syarikat ini bergiat aktif dalam bidang berteraskan pertanian dan penternakan. Berbekalkan pengalaman serta kekuatan syarikat, SZ Agribusiness yang beroperasi di ladang ternaknya di Sg Lui, Hulu Langat Selangor ini telah berjaya mendapat tempat dan pasaran di sekitar Lembah Klang. Kini syarikat ini sedang mula meneruskan wawasannya untuk meluaskan sayap di peringkat negara dan antarabangsa.

Wednesday, October 5, 2011

Assalammualaikum W.B.T.

Jualan Ibadah Qurban Kembali

SZ Agribusiness pada tahun ini telah menyediakan sebanyak 150ekor lembu bagi tujuan Ibadah Qurban pada tahun 2011 ini. Jadi sekiranya ada yang berminat atau berhajat untuk melakukan Ibadah Qurban pada tahun ini bolehlah terus menghubungi kami.

Bagi pihak-pihak seperti masjid/surau kami harga-harga adalah seperti berikut:

Berat 260 - 280 kg RM2850
Berat 230 -260 kg  RM2700
Berat 200 - 230 kg RM2550
Berat 180 - 200 kg RM2400

Sekiranya berminat bolehlah menghubungi segera untuk datang ke ladang kami. Datang awal untuk mendapat lebih pilihan berbanding pada saat akhir. Harga-harga tersebut adalah termasuk penghantaran di sekitar lembah klang.

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam, Sz Agribusiness mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung laman web ini. Di samping itu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan yang setia membeli jualan kami sepanjang bulan ramadhan. Mulai sekarang kami akan memulakan jualan untuk Hari Raya Aidiladha, kepada semua untuk tempahan sila buat dengan seberapa segera. Ini bagi memudahkan kami menyediakan bekalan dengan secukupnya.

Tuesday, August 31, 2010

Sokongan kami terhadap mata wang Islam

Kami menyokong sepenuhnya pengunaan Dinar dan Darham. Pecubaan pertama kami adalah dengan penjualan kambing kami dengan nilai 1 Dinar, Proses penyembelihan dan lapah, 3 Darham.

Kami juga sedang dalam proses untuk membuat jual beli lembu dalam dinar dan darham. Tetapi masih dalam pecubaan, ini adalah untuk mengelakkan kerugian di mana-mana pihak.

Untuk memdapatkan Dinar atau Darham sila layari laman web rakan niaga kami di www.bijakemas.com. Dalam laman web tersebut banyak menceritakan tentang kepentingan menyimpan emas dalam masa yang sama dapat menambah ilmu dalam mengekalkan nilai kewanagan kita. 

Tuesday, July 13, 2010

Wednesday, July 7, 2010

Pembangunan Ladang

Projek pembangunan di ladang kami bermula akhir 2007 dengan tanah seluas 3 ekar setengah. Projek ini dijayakan oleh pihak kami sendiri sehingga ia beroperasi penuh pada awal tahun 2008.

Monday, July 5, 2010

Lembu Kuarantin

Kami membekalkan lembu daripada Thailand. InsyaAllah, setiap 3 minggu sekali, kami akan membawa masuk lembu ke Kuarantin Padang Besar. Harga yang ditawarkan sangat menarik untuk penternak-penternak lembu di semenanjung. Jenis lembu yang dibekalkan ialah Brahman Cross. Risiko lembu berpenyakit sangat kurang, kerana kami memantau sendiri lembu semasa proses kuarantin.