Thursday, July 5, 2012

Pengenalan

SZ AgriBusiness No 001798025-D telah ditubuhkan pada 13 Oktober 2008 adalah milik penuh Bumiputra. Syarikat ini bergiat aktif dalam bidang berteraskan pertanian dan penternakan. Berbekalkan pengalaman serta kekuatan syarikat, SZ Agribusiness yang beroperasi di ladang ternaknya di Sg Lui, Hulu Langat Selangor ini telah berjaya mendapat tempat dan pasaran di sekitar Lembah Klang. Kini syarikat ini sedang mula meneruskan wawasannya untuk meluaskan sayap di peringkat negara dan antarabangsa.